BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 4, 2013

SelamatHariRaya - Dari NurulFadilah&ShamsulIzwan

assalamualaikum  ^_^

Bulan puasa tahun ini Allhamdulillah dpt jgk puasa penuh 30hari inshaALLAH dgn keadaan saya mengandung 7bln++, tapi buat masa ini belum genap lg 30hari kita berpuasa, inshaALLAH boleh..

semalam dengan keadaan 7bln++ ini saya telah berjaya menyiapkan kuih raya sebanyak 5jenis dalam masa 1hari sahaja.. huhu.. memang lah teramat-amat penat rasanya.. tapi dalam masa yang sama saya telah dibantu oleh ahli keluarga+suami tercinta menyiapkannya..

"TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBANTU"

Inilah hasilnya yang telah tercipta dengan hasil kreativiti+usaha+tenaga dari semua..  ^_^

Pic 1: biskut almond choco 


Pic 2: biskut susu arab
 

Pic 3: biskut tart nenas


Pic 4: biskut cornflake madu


Pic 5: biskut almond london


Allhamdulillah kami mula buat dari jam 10.00pagi - 9.00 malam dan itulah hasilnya.. nyum2.. tapi tak tahu lah sedap atau pun tidak, hehehe.. al-maklumlah bulan puasa just amik bau je,agak-agak sedap lah kot..

Buat kuih raya ni sekali buat untuk my family + my family in law, biasa lah kalau buat sendiri lagi puas hati dari kita membeli, betul tak? dan dalam masa yang sama menjimatkan duit serta boleh buat banyak mana pun yang kita suka..heeee~ 

tapi, lepas je siap buat kuih-kuih raya tu semua, memang sakit-sakit 1badan, tak tahu lah nak cakap dan gambarkan betapa penatnya membuat kuih raya 5jenis dalam 1hari dengan keadaan saya yang berbadan dua sekarang ini..

apa-apa pun, setelah siap mood jadi happy tiba-tiba sebab... dapat buat kan  kuih raya untuk pertama kalinya for my family in law, walaupun tak tahu sedap atau pun tidak.. hehehe..

 ok lah, hari ini just nak kongsi tentang hal buat kuih raya je + feeling great and happy sebab dapat buatkan kuih raya untuk my family in law for the 1st time dan untuk my family..

sekian dari saya, terima kasih dan dengan ini saya ingin memohon ampun dan maaf atas semua keterlanjuran saya serta kelemahan diri ini dan ketahuilah bahawa yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang lemah itu dari kita sendiri yang bergelar manusia termasuklah saya..

akhir kata, saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada yang mengenali diri ini atau pun tidak, semoga syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi akan membawa kerahmatan dan kegembiraan kepada semua..AMIN...