BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 4, 2013

SelamatHariRaya - Dari NurulFadilah&ShamsulIzwan

assalamualaikum  ^_^

Bulan puasa tahun ini Allhamdulillah dpt jgk puasa penuh 30hari inshaALLAH dgn keadaan saya mengandung 7bln++, tapi buat masa ini belum genap lg 30hari kita berpuasa, inshaALLAH boleh..

semalam dengan keadaan 7bln++ ini saya telah berjaya menyiapkan kuih raya sebanyak 5jenis dalam masa 1hari sahaja.. huhu.. memang lah teramat-amat penat rasanya.. tapi dalam masa yang sama saya telah dibantu oleh ahli keluarga+suami tercinta menyiapkannya..

"TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBANTU"

Inilah hasilnya yang telah tercipta dengan hasil kreativiti+usaha+tenaga dari semua..  ^_^

Pic 1: biskut almond choco 


Pic 2: biskut susu arab
 

Pic 3: biskut tart nenas


Pic 4: biskut cornflake madu


Pic 5: biskut almond london


Allhamdulillah kami mula buat dari jam 10.00pagi - 9.00 malam dan itulah hasilnya.. nyum2.. tapi tak tahu lah sedap atau pun tidak, hehehe.. al-maklumlah bulan puasa just amik bau je,agak-agak sedap lah kot..

Buat kuih raya ni sekali buat untuk my family + my family in law, biasa lah kalau buat sendiri lagi puas hati dari kita membeli, betul tak? dan dalam masa yang sama menjimatkan duit serta boleh buat banyak mana pun yang kita suka..heeee~ 

tapi, lepas je siap buat kuih-kuih raya tu semua, memang sakit-sakit 1badan, tak tahu lah nak cakap dan gambarkan betapa penatnya membuat kuih raya 5jenis dalam 1hari dengan keadaan saya yang berbadan dua sekarang ini..

apa-apa pun, setelah siap mood jadi happy tiba-tiba sebab... dapat buat kan  kuih raya untuk pertama kalinya for my family in law, walaupun tak tahu sedap atau pun tidak.. hehehe..

 ok lah, hari ini just nak kongsi tentang hal buat kuih raya je + feeling great and happy sebab dapat buatkan kuih raya untuk my family in law for the 1st time dan untuk my family..

sekian dari saya, terima kasih dan dengan ini saya ingin memohon ampun dan maaf atas semua keterlanjuran saya serta kelemahan diri ini dan ketahuilah bahawa yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang lemah itu dari kita sendiri yang bergelar manusia termasuklah saya..

akhir kata, saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada yang mengenali diri ini atau pun tidak, semoga syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi akan membawa kerahmatan dan kegembiraan kepada semua..AMIN...
 

Monday, July 22, 2013

NurulFadilah+ShamsulIzwan

assalamualaikum

Apakhabar semua? harapan saya semoga semuanya sihat serta dalam rahmat serta reddha dariNYA, amin..setelah sekian lama saya menyepikan dirikan..tup tap tengok tahu-tahu sahaja saya telah pun selamat diijabkabulkan dan telah pun bergelar sebagai seorang isteri. 

Telah genap 8bulan saya bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang amat saya sayangi dan cintai inshaALLAH hingga ke syurga, amin..saya amat-amat bersyukur kerana diberi peluang untuk mendirikan rumahtangga bersama seorang lelaki yang terlalu amat menyayangi serta mencintai saya dengan seadanya, syukur allhamdulillah. Nikmat cinta yang dijanjikan setelah diijabkabulkan adalah sesuatu yang tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata, tapi keindahan perasaan ini akan saya simpan dan kekalkan hingga akhir zaman serta syurga.

Shamsul Izwan Bin Wagimmin adalah insan yang telah mengikat saya sebagai isterinya yang sah, beliau ikhlas menerima segala kelemahan diri saya dan sudi menjadikan saya permaisuri hatinya, serta sebagai seorang isteri yang berbudi pada suami dan keluarganya inshaALLAH. Kami selamat diijabkabulkan pada tarikh 08-12-2012, sejak daripada itu kami saling merindui sesama kami tidak kira masa, syukur saya rasakan atas perasaan yang telah diberikan ini, Ya ALLAH daku memohon agar dipanjangkanlah jodoh kami serta kekalkan lah kami sebagai pasangan suami isteri di dunia dan di akhirat kelak. Dengan izinNYA saya meminta agar saya dapat menjadi bidadarinya bukan sahaja di dunia ini malah pasangannya di akhirat nanti, Amin..

Allhamdullillah, kami telah dikurniakan cahaya mata yang bakal kami yang perolehi dalam akhir bulan oktober ini, ini adalah cahaya mata kami yang pertama, ada juga rasa gemuruh untuk jadi seorang "ibu", macam-macam yang saya fikirkan, antaranya mampukah saya untuk selamat melahirkan ank kami ini?, mampukah saya untuk jadi seorang ibu yang baik untuk anak kami nanti?, dan macam-macam lagi. Tapi, semua itu hilang dengan bantuan beliau/suami saya yang sentiasa ada bersama ketika saya mula berfikiran negatif dan beliau lah yang menasihati saya supaya sentiasa ingat padaNYA, inshaALLAH semua akan berjalan dengan lancar jika kita ikhlas, tawakal, dan reddha dengan apa yang bakal terjadi kelak dan ingatlah "abang" sentiasa di sisi sayang.

Sinar cahaya yang menyinar dapat saya rasakan ketika diberikan harapan yang berlandaskan keimanan dan keikhlasan daripada jalinan kebahagiaan kami bersama, saya sering berharap agar kasih suci kami akan diberkati. Tuhan berikanlah ketabahan hati kami untuk membina impian kasih kami, besama mengharapkan ketulusan cinta hingga terbinanya mahligai bahagia, kami juga amat berharap agar dirahmati hubungan yang telah terbina kerana kami yakin akan merasa pedih apabila kehilangan insan yang amat dicintai.

Dan tuhan lebih mengerti apa yang ada dihati ini, Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa-dosa kami yang lalu kerana kami adalah insan yang lemah, semoga tuhan menerima segala taubat dan amal ibadat kami. Engkaulah tempat kami mengadu kasih. berikanlah  petunjuk dan hidayahMu dan sesungguhnya daripadaMU kami datang dan daripadaMu jugalah kami pulang. 

Yang baik adalah hadirnya daripada ALLAH dan yang lemah itu adalah dari kita sendiri yang bergelar manusia, sekian nurkilan dari saya. wassalam